projekmmoBerita

Tewaskan Kedah, pemain hadiahkan TMJ kereta mewah

Pemain dan jurulatih JDT menghadiahkan kereta Aston Martin kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim. — Foto ihsan Facebbok/Johor Southern TigersPemain dan jurulatih JDT menghadiahkan kereta Aston Martin kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim. — Foto ihsan Facebbok/Johor Southern TigersKUALA LUMPUR, 5 Feb — Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim dihadiahkan kereta mewah Aston Martin daripada pemain dan kejurulatihan JDT.

Kenderaan berkonsep negeri Johor, warna merah biru, diberi sempena kejayaan pasukan itu menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

“Sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang kesepuluh, pemain-pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Johor Darul Ta’zim telah menghadiahkan DYAM Tunku Mahkota Johor sebuah kereta Aston Martin yang berkonsep Johor (merah biru). Allah Peliharakan Sultan,” kata mereka dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Pasukan itu turut memaparkan foto kenderaan mewah itu dengan warna rasmi pasukan itu.

JDT mengalahkan Kedah 2-1 pada Sabtu untuk mmbawa pulang piala Sumbangsih 2018.

Lagi Video di MMOTV