projekmmoBerita

Terus terang mahu poligami, lelaki ditetak isteri

Seorang lelaki cedera teruk di kepala akibat ditetak isterinya menggunakan pisau pemotong sayur. —Foto ihsan Facebook/Berita KuantanSeorang lelaki cedera teruk di kepala akibat ditetak isterinya menggunakan pisau pemotong sayur. —Foto ihsan Facebook/Berita KuantanKUALA KRAI, 9 Ogos — Seorang lelaki yang berterus terang menyuarakan hasrat untuk berpoligami ditetak isterinya.

Lelaki berusia 55 tahun itu parah di kepala, dahi kanan dan lengan kanan akibat tetakan pisau pemotong sayur, lapor Kosmo! 

Ketua polis daerah Kuala Krai berkata mangsa sedang berbaring di ruang tamu ketika isterinya mengambil pisau di dapur kira-kira jam 1 petang Khamis lalu.

“Mangsa yang gagal mententeramkan isterinya yang marah terpaksa berlari keluar meninggalkan rumah dan meminta bantuan penduduk kampung,” katanya.

Supt Abdullah Roning berkata mangsa tidak membuat laporan kejadian itu berikutan tidak mahu “memanjangkan” hal tersebut.

Mangsa yang menetap di di Kampung Manek Urai Lama menerima 15 jahitan selepas dirawat di Klinik Kesihatan Manek Urai.

Akhbar itu difahamkan pasangan tersebut sudah berbaik semula.

Foto kecederaan mangsa menular di internet. Ramai lelaki mengecam perbuatan wanita berusia 56 tahun itu.

Lagi Video di MMOTV