projekmmoBerita

Tertonggeng dalam tong ikan, nelayan mati lemas

Polis yang menjalankan siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes seorang nelayan lemas dalam tong ikan, 9 Ogos 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTBPolis yang menjalankan siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes seorang nelayan lemas dalam tong ikan, 9 Ogos 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTBSABAK BERNAM, 11 Ogos — Seorang nelayan lemas selepas tergelincir dan tertonggeng masuk dalam tong ikan di  bot yang dinaikinya.

Rakannya Kee Chai Lee, 46, yang mengemudi bot itu cuba mengeluarkan Nazaruddin Abd Rahman, 39, dari tong setinggi dua meter tetapi gagal, lapor Sinar Harian.

“Kemudian saya hubungi adik yang memandu bot lain di hadapan bot kami. Adik saya dan dua lagi pekerjanya naik ke atas bot kami dan cuba keluarkan Nazaruddin tapi tak dapat,” katanya.

Beliau berkata mereka hanya berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan mesin tali penarik ikan tetapi bapa tiga anak itu kemudian disahkan mati.

Kejadian berlaku kira-kira tiga kilometer dari Bagan Sungai Lang di sini, jam 6 petang kelmarin.

Isteri mangsa Nor Kamariah Yahya, 28, sedang hamil tiga bulan.

Harian Metro pula melaporkan, ketua polis daerah Sabak Bernam berkata permukaan bot yang licin dipercayai punca mangsa tergelincir.

Namun, Supt Nor Azmi Isa berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Lagi Video di MMOTV