projekmmoBerita

Terpinga, pawagam henti tayang ‘Jibam’ lepas 20 minit

Paparan babak filem 'Jibam' arahan Che Mie. Filem itu dilanjutkan tayangan untuk minggu kedua di pawagam terpilih. — Foto ihsan Facebook/Raiha BahaudinPaparan babak filem 'Jibam' arahan Che Mie. Filem itu dilanjutkan tayangan untuk minggu kedua di pawagam terpilih. — Foto ihsan Facebook/Raiha BahaudinKUALA LUMPUR, 14 Dis — Sebuah pawagam membatalkan tayangan filem Jibam selepas 20 minit menyiarkannya.

Penonton dikatakan terpinga-pinga berikutan “lampu masih terpasang dan skrin dibiarkan tidak berfungsi selama 20 minit”, lapor Berita Harian.

Pelakon muda Syafie Naswip yang menerima mesej aplikasi WhatsApps sepupunya yang juga kru produksi, kesal dengan tindakan pawagam di Seremban, malam tadi.

“...kenapa sampai begitu? Akhirnya, petugas pawagam minta penonton memulangkan tiket dan wang dikembalikan,” katanya.

Beliau mengakui tidak tahu motif pawagam itu berbuat demikian tetapi menyifatkan perbuatan tersebut tidak profesional.

Syafie yang melakonkan watak Kadir berkata sepupunya sempat merakam penonton beratur untuk memulangkan tiket.

Filem itu diadaptasi daripada novel karya kartunis, Ujang, nama sebenar Ibrahim Anon, mula ditayang sejak 7 Disember lalu dan berakhir malam tadi.

Namun, tempoh tayangan filem arahan Che Mie, dilanjutkan untuk minggu kedua di pawagam terpilih mulai hari ini.

Filem itu, turut dibintangi Mohd Ariff Abdullah atau nama glamor Buntat, dirakam sekitar Sungai Lembing, Pahang dengan kos mencecah sekitar RM1.3 juta.

Lagi Video di MMOTV