projekmmoBerita

Terlibat kes buli, hukuman patut lebih keras, kata menteri

Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan hukuman yang kenakan sekarang tidak dapat membendung kejadian buli di sekolah yang terus berlaku. — Foto oleh Saw Siow FengDatuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan hukuman yang kenakan sekarang tidak dapat membendung kejadian buli di sekolah yang terus berlaku. — Foto oleh Saw Siow FengPASIR PUTEH, 11 Ogos — Pelajar yang terlibat dalam kes buli perlu dikenakan hukuman paling keras supaya kejadian tersebut tidak berulang, kata menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata hukuman yang kenakan sekarang tidak dapat membendung kejadian buli di sekolah yang terus berlaku.

“Saya tidak bersetuju kalau setakat hendak gantung (persekolahan) 10 hari, tak payah, kita kena buat lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita dan Pemuda Umno Pasir Puteh, di sini semalam.

Katanya beliau lebih bersetuju jika pelajar yang membuli dibuang sekolah namun peraturan tidak membenarkan tindakan itu diambil.

Mahdzir yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mengulas kes buli ke atas tiga pelajar sebuah kolej vokasional di Terengganu oleh sekumpulan pelajar dari kolej sama dalam dua kes berasingan pada Isnin dan Selasa lepas.

Katanya beliau kecewa dan sedih dengan kejadian tersebut tatkala usaha giat dilakukan melibatkan pelbagai pihak bagi membanteras kejadian buli melibatkan pelajar.

“Saya kecewa dalam masa kita bercakap pasal buli, hukuman, peraturan, kita minta guru, ibu bapa, pelajar jauhkan daripada segala perkara yang boleh dianggap sebagi buli tetapi dalam masa sama di kolej vokasional tersebut berlaku kes buli,” katanya. — Bernama

Lagi Video di MMOTV