projekmmoBerita

Terlalu kotor, jual barang tamat tempoh dua tahun

Video di media sosial menunjukkan kedai di Jalan Batu Tiga Lama, dekat Shah Alam, yang bersalah menjual barangan tamat tempoh. Video di media sosial menunjukkan kedai di Jalan Batu Tiga Lama, dekat Shah Alam, yang bersalah menjual barangan tamat tempoh. SHAH ALAM, 5 Dis — Sebuah kedai runcit dikesan menjual pelbagai barangan makanan dan minuman yang lebih dua tahun tamat tempoh.

Dalam operasi bersepadu semalam, puluhan produk itu ditemui di rak jualan, malah tempat simpanan barangan kotor dan didatangi lipas, lapor Harian Metro.

“Sitaan ini dibuat kerana pemilik premis gagal mematuhi peraturan dan menjual barangan tamat tempoh,” kata jurucakap Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Notis menutup premis tersebut, di Taman Bukit Pelangi, Jalan Batu Tiga Lama dekat sini, selama dua minggu dikeluarkan kerana ia terlalu kotor.

Kedai milik seorang lelaki Bangladesh yang mendapat taraf pemastautin tetap, usia 40-an, menular di media sosial hujung minggu lalu, kata jurucakap itu.

Serbuan itu, bersama beberapa agensi kerajaan, merampas pelbagai barangan yang menyalahi Akta Makanan dan juga Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.

Lagi Video di MMOTV