projekmmoBerita

Terkejut lirik ‘berani’, Zizi Kirana sedia radio tolak ‘Boleh Jalan’ (VIDEO)

Zizi Kirana mempertahankan sikapnya berpakaian seksi melalui lagu 'Boleh Jalan', walau 'kutayang lurah tapi ku bukan murah'. — Foto ihsan Instagram/ZiziZizi Kirana mempertahankan sikapnya berpakaian seksi melalui lagu 'Boleh Jalan', walau 'kutayang lurah tapi ku bukan murah'. — Foto ihsan Instagram/ZiziKUALA LUMPUR, 11 Okt ― Penyanyi seksi Zizi Kirana pasrah lagu Boleh Jalan yang berlirik “lantang dan kasar” tidak dimainkan di corong radio.

Beliau sudah menjangkakan perkara itu sejak awal pembikinan lagu yang liriknya dinukilkan  oleh penyanyi rap Waris, lapor Harian Metro.

“Saya pun terkejut juga dengan lirik lagu yang begitu berani itu selepas W.A.R.I.S memberikan kepada saya.

“Namun saya tidak bimbang kerana memang liriknya tepat dan saya sangat sukakannya,” kata Zizi, 31, nama glamor Nurfazelah @ Zizie Mad Tahil.

“Jadi saya sudah bersedia sekiranya ada stesen radio tidak mahu putarkan lagu berkenaan.”

Beliau “tidak kisah” dikecam pengguna media sosial kerana yang lebih penting mesej yang disampaikan dalam lagu itu, gubahan DJ Fuzz.

“Boleh Jalan” menceritakan kisah seorang Datuk yang mengirim mesej peribadi, atau DM, ke Instagram untuk menaja kehidupannya.

Datuk yang “pantang tengok dahi licin” memberi alasan perniagaan untuk mengajaknya keluar makan malam tetapi ditolak dengan ungkapan “boleh blah”.

Dikecam isu pakaian seksi baru-baru ini, beliau juga menyampai mesej melalui lagu itu, walau “kutayang lurah tapi ku bukan murah”.

Sama ada Datuk itu wujud nyata atau sekadar hiburan, video lirik lagu tersebut di YouTube ditonton lebih 280,000 orang sejak dimuatkan pada 27 September lalu. 

 

Take Care Of "YOUR" own soul..☺️🐼 #kesayangansia #bolehjalan

A post shared by Kesayangan Sia🐼 (@zizi_kirana) on

Lagi Video di MMOTV