projekmmoBerita

Terkejut jumpa dokumen wanita ketika tebas semak

Polis daerah Kuantan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pecah kenderaan dibuat pemilik dokumen itu. — Paparan skrin Google Polis daerah Kuantan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pecah kenderaan dibuat pemilik dokumen itu. — Paparan skrin Google KUANTAN, 9 Sept ― Beberapa dokumen penting milik wanita ditemui oleh seorang lelaki di dalam semak di dusun bapanya di Beserah semalam.

Selain beg duit, dokumen itu antaranya kad pengenalan, kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan enam kad ATM, lapor Harian Metro.

Muhammad Fauzi Mat Ghani, 24, kemudian menguar-uarkan penemuan tersebut dalam kumpulan WhatApps sehingga pemiliknya berjaya menuntutnya.

“Selepas itu, ada pemanggil menghubungi saya mendakwa dia mengenali pemilik dokumen itu. Malah, ada mengatakan pemiliknya orang kenamaan,” katanya.

Pemiliknya mengambil barangan itu jam 6 petang semalam, tambahnya.

“Saya difahamkan dokumen itu hilang selepas kereta pemiliknya dipecahkan penjenayah,” katanya.

Ketua polis Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata ada laporan dibuat berhubung kejadian pecah kenderaan dibuat pemilik dokumen itu.

Namun polis tidak mendedahkan bila kejadian itu berlaku. 

Lagi Video di MMOTV