projekmmoBerita

Terhiris mainan mesin tikam, budak putus dua urat kaki

Bapa kanak-kanak yang putus dua urat kaki akibat mainan mesin tikam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. ― Foto ihsan Facebook/Polis Kota SetarBapa kanak-kanak yang putus dua urat kaki akibat mainan mesin tikam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. ― Foto ihsan Facebook/Polis Kota SetarALOR SETAR, 12 Feb ― Seorang kanak-kanak putus dua urat kaki kiri akibat terhiris mainan yang dibeli di mesin tikam.

Mangsa, enam tahun, terpaksa dirawat di hospital selama tiga hari untuk menjahit otot dan urat yang putus, lapor Sinar Harian.

Kanak-kanak itu cedera ketika bermain mainan berbentuk gelang bergulung dalam kereta yang dipandu bapanya jam 8.30 malam di Simpang Kuala di sini.

“[...] terdapat pita pengukur diperbuat dari bahan zink pada bahagian dalam, di mana bahagian luaran dibalut dengan bahan plastik," kata setiausaha eksekutif Persatuan Pengguna Kedah (Cake).

Walau hanya satu aduan, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata mainan itu tidak sesuai dijual terbuka walau tertulis amaran "tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah".

“Jual pula pada harga murah, tentu pembelinya adalah pelajar sekolah rendah,” katanya, turut meminta pihak berkuasa memantau atau mengharamkan mainan itu.

Bapa mangsa turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 9 Januari lalu.

Lagi Video di MMOTV