projekmmoBerita

Teratas di Twitter, drama Farid tetap diminati ramai

Datuk Farid Kamil Zahari tiba di mahkamah Petaling Jaya kira-kira 10.20 pagi sebelum dibawa di depan majistret, 12 Januari 2017. ― Foto oleh Hari Anggara Datuk Farid Kamil Zahari tiba di mahkamah Petaling Jaya kira-kira 10.20 pagi sebelum dibawa di depan majistret, 12 Januari 2017. ― Foto oleh Hari Anggara KUALA LUMPUR, 17 Jan — Walau Datuk Farid Kamil Zahari ditahan polis, peminatnya tetap menggemari drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu.

Episod pertama diminati ramai sehingga tanda pagar drama itu berada dalam senarai teratas topik hangat Malaysia di Twitter, lapor Berita Harian.

Ia ditayangkan 10 malam kelmarin, ketika pelakon itu masih ditahan reman, hari #lafazkankalimahcintamu muncul teratas di media sosial itu.

Farid membawakan watak Tengku Ryan Amir, berganding dengan Nelydia Senrose. Nadiyah Shahab, Liza Abdullah, Adibah Noor dan Azhar Sulaiman turut berlakon.

Dituduh mencederakan polis dan orang awam, pelakon dan pengarah itu  dibebaskan dengan jaminan mahkamah semalam selepas direman lima hari.

Suami pelakon Diana Danielle menjadi tumpuan akibat kes tampar di balai polis Kota Damansara, Petaling Jaya, pada 11 Januari lalu.

Beliau juga disahkan mengambil dadah jenis ganja ketika pemeriksaan polis. 

Lagi Video di MMOTV