projekmmoBerita

Tendang pintu balai polis, lelaki laung Allahu akbar

Seorang lelaki dalam pengaruh dadah mengamuk dan memecahkan pintu kaca balai. polis Gopeng ― Paparan skrin GoogleSeorang lelaki dalam pengaruh dadah mengamuk dan memecahkan pintu kaca balai. polis Gopeng ― Paparan skrin GoogleKAMPAR, 15 Nov ― Pintu kaca balai polis Gopeng berderai selepas ditendang seorang lelaki mengamuk, disyaki bawah pengaruh dadah, semalam.

Suspek kemudian melaungkan “Allahuakhbar” beberapa kali sebelum meluru ke dalam balai, dalam insiden 10.50 pagi, lapor Harian Metro.

“Dia kemudian mengangkat pula kerusi plastik dan hendak menyerang anggota bertugas,” kata ketua polis daerah Kampar Supt Ng Kong Soon.

Namun, dua anggota yang berada di kaunter, bergelut untuk menahan suspek tetapi terlepas dan melarikan diri ke arah pintu belakang balai.

“Seorang lagi anggota polis yang bertugas bertindak meminta bantuan daripada anggota balai polis Gopeng dan suspek berjaya ditangkap,” katanya.

Akibat pergelutan, anggota tersebut cedera di tangan manakala suspek luka di kepala, badan, tangan dan kaki, kata Ng.

Suspek yang positif air kencing, disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Lagi Video di MMOTV