projekmmoBerita

Tawar seks kepada polis, wanita Bangladesh didenda RM1,500

Tertuduh juga didenda RM500 atau sebulan penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan pas lawatan sosial. — Foto oleh Yusof Mat IsaTertuduh juga didenda RM500 atau sebulan penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan pas lawatan sosial. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 9 Okt — Gara-gara menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis minggu lepas, seorang wanita warga Bangladesh dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Marufa Akter, 25, selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada Sarjan L. Thuraisingam.

Dia memberitahu anggota polis berkenaan: “Anda mahu khidmat urut dan seks? Bayar saya RM200 dan saya bawa anda ke hotel saya.”

Tertuduh juga didenda RM500 atau sebulan penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelacur.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kaki lima hadapan Kelab Malam Movida, Jalan Changkat Bukit Bintang, Dang Wangi, di sini pada jam 1.30 pagi, 3 Oktober lalu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Lagi Video di MMOTV