projekmmoBerita

Tawar gadis bogel dalam kolam air panas, spa diserbu

Satu lorong yang sering dikunjungi orang ramai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sebuah spa di sini menyediakan gadis bogel di kolam air hangat. — Paparan skrin GoogleSatu lorong yang sering dikunjungi orang ramai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sebuah spa di sini menyediakan gadis bogel di kolam air hangat. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 11 Mac — Sebuah spa di Bukit Bintang, yang menawarkan pakej mandi kolam air panas bersama gadis berbogel, diserbu awal pagi semalam.

Spa itu, terletak di sebuah hotel, diserbu Jabatan Imigresen Kuala Lumpur kerana menjalankan aktiviti maksiat dan pelacuran, lapor Harian Metro.

Seorang penolong pengarah jabatan itu berkata pengusaha spa didapati menawarkan warga asing kepada pelanggan di tingkat lima bangunan itu.

“Difahamkan, bayaran bermula daripada RM180 hingga RM450 bergantung kepada pakej disediakan,” kata Mohd Shahrulizam Ismail.

“Pelanggan boleh mememilih wanita yang dikehendaki di spa berkenaan sebelum bergerak ke bilik hotel di tingkat menerusi pintu belakang yang disediakan.”

Seramai 17 orang — dua lelaki tempatan dan 15 wanita Thailand dan Vietnam — berumur antara 20 hingga 40 tahun ditahan untuk siasatan.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 39(b) Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan, Seksyen 56(1)(d) melindungi pendatang asing tanpa izin dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Lagi Video di MMOTV