projekmmoBerita

Didakwa tampar polis, pelakon Farid Kamil ditahan

Seorang pelakon muda bergelar Datuk menampar anggota polis dan menendang orang awam di balai trafik polis Kota Damansara. — Paparan skrin Google Seorang pelakon muda bergelar Datuk menampar anggota polis dan menendang orang awam di balai trafik polis Kota Damansara. — Paparan skrin Google PETALING JAYA, 11 Jan — Pelakon Datuk Farid Kamil didakwa menampar anggota polis di sebuah balai di sini ketika membuat aduan kes kemalangan. 

Pelakon lelaki berusia 37 tahun itu kemudian menendang orang awam dekat kaunter bahagian trafik polis Kota Damansara, lapor Berita Harian.

Ditahan oleh beberapa polis kemudiannya, pelakon terkenal itu datang ke balai polis untuk membuat laporan pada pukul 1.20 petang tadi.

Ketua polis Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek disiasat bawah Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh di balai.

Polis turut menyiasat sama ada pelakon tersebut berada dalam pengaruh dadah atau tidak, katanya lagi kepada akhbar itu.

Lagi Video di MMOTV