projekmmoBerita

Fathia jawab Dira: Saya tidak takut, tidak memihak

Fathia Latiff mempertahan sikapnya walau ditegur exco Puteri Umno Dira Abu Zahar berhubung isu kos sara hidup. ― Foto ihsan Instgram/Fathia LatiffFathia Latiff mempertahan sikapnya walau ditegur exco Puteri Umno Dira Abu Zahar berhubung isu kos sara hidup. ― Foto ihsan Instgram/Fathia LatiffKUALA LUMPUR, 7 Dis ― Pelakon Fathia Latiff mempertahan kritikannya berhubung isu harga minyak dan banjir walau ditegur exco Puteri Umno.

Mencoret di Twitter, pelakon drama Ariana Rose itu berpegang teguh pada sikapnya "tanpa rasa takut atau memilih". 

Fathia mengulas exco Puteri Umno Dira Abu Zahar, juga pelakon dan penerbit, menegurnya agar menggunakan saluran dan bukannya melalui media sosial.

“Dira ada hak untuk menyuarakan apa yang dia mahu dan begitu juga saya," tulis Fathia, nama glamor Nur Fathia Abdul Latiff, di media sosial itu semalam.

"Satu perkara yang pasti, saya tetap mempertahankan apa sahaja yang saya suarakan tanpa rasa takut atau memihak sesiapa."

Dira, atau Khaidhirah Abu Zahar, menegur penggiat seni yang bersuara melalui media sosial kerana bimbang mesej mereka ditafsir sebagai propembangkang.

"Sebab itu kena berhati-hati lebih-lebih lagi media sosial orang mudah 'spin'," katanya, anak bekas seorang ketua menteri Melaka.

"Kadang-kadang kita tidak berniat pun hendak sokong sebelah sana [pembangkang] tetapi orang sudah berfikir begitu.

"Ada banyak lagi benda baik kerajaan buat, kenapa tidak kongsi?"

Selain Fathia, penyanyi lama Sheila Majid juga membangkitkan kos sara hidup.

Lagi Video di MMOTV