projekmmoBerita

Syak curang, kontraktor botakkan kepala isteri

Polis daerah Kluang menahan seorang kontraktor yang disyaki memukul dan membotakkan kepala isterinya. ― Paparan skrin GooglePolis daerah Kluang menahan seorang kontraktor yang disyaki memukul dan membotakkan kepala isterinya. ― Paparan skrin GoogleKLUANG, 15 Nov ― Seorang kontraktor membotakkan kepala isterinya selepas mengesyaki mangsa mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Suri rumah 32 tahun itu juga dipukul hingga lebam di muka, kepala dan tangan sebelum kejadian diketahui bapa mangsa, lapor Sinar Online.

Bapanya, 63 tahun, yang tinggal di Petaling Jaya dihubungi mangsa yang menetap di Taman Kluang Setia di sini sekitar jam 8.30 malam Isnin lalu.

Namun mangsa tidak menyatakan apa-apa kecuali memberitahu ingin pulang ke rumah bapanya, kata ketua polis Kluang ACP Mohamad Laham.

"Bagaimanapun, semalam lebih kurang 8.30 pagi bapa mangsa telah terima gambar anaknya melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh besannya," katanya.

Bapa mangsa, yang gagal menghubungi semula anaknya, membuat laporan polis. Suspek, 32 tahun, ditahan reman sehingga 18 November.

Didapati positif dadah, suaminya disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Lagi Video di MMOTV