projekmmoBerita

Suspek mati, mangsa liwat dikaunseling, polis tutup kes

Polis Perak ada menerima laporan beberapa pelajar lain selepas tiga mangsa membuat aduan liwat dan cabul terhadap seorang jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak sekolah. — Paparan skrin GooglePolis Perak ada menerima laporan beberapa pelajar lain selepas tiga mangsa membuat aduan liwat dan cabul terhadap seorang jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak sekolah. — Paparan skrin GoogleIPOH, 1 Ogos — Kes liwat pelajar melibatkan seorang jurulatih ditutup apabila lelaki tersebut ditemui mati tergantung dalam bilik hotel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak berkata mangsa kes itu pula akan dibantu unit kaunseling Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, lapor Kosmo!.

“Setakat ini, polis memberi bantuan dari aspek kaunseling dalam usaha untuk membantu mereka untuk menghadapi masa depan sekali gus mengembalikan keyakinan diri,” kata Datuk Gan Tian Kee.

Beliau mengakui menerima laporan beberapa pelajar lain selepas tiga mangsa membuat aduan pada 24 Julai lalu.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan jumlah pelajar yang tampil membuat laporan dan keterangan berikutan kes ini sudah ditutup,” katanya.

Tiga pelajar berusia 14 dan 15 tahun membuat laporan terhadap jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak berusia 54 tahun itu, sehari sebelum kematiannya.

Mereka mendakwa diliwat dan dicabul sejak Mei tahun lalu hingga Mac tahun ini. 

Lagi Video di MMOTV