projekmmoBerita

Surcaj air naik, PAS dakwa rakyat makin ditindas

 PAS berkata kerajaan negeri lebih mengutamakan keuntungan, bukan nasib rakyat Pulau Pinang yang semakin tertindas.― Foto oleh K E Ooi PAS berkata kerajaan negeri lebih mengutamakan keuntungan, bukan nasib rakyat Pulau Pinang yang semakin tertindas.― Foto oleh K E OoiKEPALA BATAS, 14 Mei — PAS Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri sudah tidak relevan kerana lebih menyebelahi syarikat korporat daripada membela nasib rakyat.

Pesuruhjayanya berkata kerajaan negeri Pakatan Harapan yang diketuai DAP lebih sesuai digelar “Pakatan Hampakan Rakyat”, lapor Berita Harian.

“Mereka (kerajaan negeri) hanya utamakan keuntungan, bukannya nasib rakyat Pulau Pinang yang semakin tertindas.

“Kita ingat lepas ambil alih negeri pada 2008, rakyat akan terbela, tetapi kini ibarat ‘keluar mulut harimau masuk mulut naga’,” Muhammad Fauzi Yusoff dilaporkan berkata.

Berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kepala Batas di Penaga dekat sini, Muhammad Fauzi membidas kerajaan negeri yang menaikkan surcaj air.

“Mereka naikkan surcaj air dengan niat mahu mendidik rakyat, selain terus menyatakan tarif air di negeri ini paling murah. 

“Adakah mereka tahu bahawa tarif air itu memang sudah murah sejak dahulu lagi?,” katanya yang mengulangi bahawa kerajaan negeri mencampuri urusan Jawatankuasa Fatwa negeri.

Lagi Video di MMOTV