projekmmoBerita

Sultan Johor terima replika motosikal Harley-Davidson

> Sultan Johor berkenan menerima replika Harley-Davidson di Istana Pasir Pelangi di Johor Baru, 7 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar > Sultan Johor berkenan menerima replika Harley-Davidson di Istana Pasir Pelangi di Johor Baru, 7 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar KUALA LUMPUR, 9 Feb — Sultan Johor menerima hadiah sebuah ukiran kayu motosikal popular berkuasa tinggi Harley-Davidson.

Replika seberat 500 kilogram itu diterima Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di Johor Baru kelmarin.

Ia dihadiahkan oleh S. Deva, ketua masyarakat India Johor Baru, yang mengikuti acara tahunan Kembara Mahkota Johor (KMJ) sejak lima tahun lalu. 

Replika kayu, yang diimport dari Indonesia, seberat 500 kilogram mengambil masa selama hampir enam bulan untuk disiapkan.

Foto baginda perkenan menerima hadiah itu dimuatkan dalam Facebook rasmi.

Replika itu berdasarkan idea Deva yang dibantu rakannya, pemilik syarikat Bergamo yang berpengalaman selama 17 tahun dalam industri perkayuan.

Bulan lalu, Sultan Ibrahim menerima hadiah replika kereta siri kartun popular kegemaran baginda Flintstones, siri animasi kegemaran baginda.

Berbeza dengan kenderaan Zaman Batu itu yang digerakkan dengan kaki, replika tersebut bagaimanapun menggunakan motor.

Kereta replika itu juga dilengkapi dengan bumbung kain dan skrin belakang sebagai tingkap untuk mengelak hujan.

Lagi Video di MMOTV