projekmmoBerita

Stor Hospital Segamat terbakar, semua pesakit selamat

Antara pesakit yang dikeluarkan dari Wad 3 dan Wad 4 sebagai langkah keselamatan selepas berlaku kebakaran kecil di stor simpanan cadar yang melibatkan Bilik Linen di Wad 3, Hospital Segamat petang tadi. — Foto BernamaAntara pesakit yang dikeluarkan dari Wad 3 dan Wad 4 sebagai langkah keselamatan selepas berlaku kebakaran kecil di stor simpanan cadar yang melibatkan Bilik Linen di Wad 3, Hospital Segamat petang tadi. — Foto BernamaJOHOR BAHRU, 28 Mac — Satu kebakaran kecil berlaku di stor simpanan cadar dalam sebuah wad di Hospital Segamat, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata laporan kejadian diterima pada 5.34 petang dan sebuah jentera dengan empat keanggotaan digegaskan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan 10 peratus stor simpanan cadar hospital dan terdapat kesan jelaga.

“Kebakaran dipadamkan oleh pihak keselamatan hospital dan semua pesakit telah dikeluarkan semasa bomba tiba,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata kebakaran itu melibatkan Bilik Linen di Wad 3.

Beliau berkata keadaan kini adalah terkawal dan 45 pesakit yang berada di Wad 3 dan 16 lagi di Wad 4 telah dikeluarkan sebagai langkah keselamatan.

“Alhamdulillah tiada yang buruk berlaku,” katanya. — Bernama

Lagi Video di MMOTV