projekmmoBerita

SPRM serbu pusat khidmat exco P Pinang

Pusat khidmat Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh di Georgetown diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengah hari tadi. — Foto ihsan Facebook/Phee Boon PohPusat khidmat Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh di Georgetown diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengah hari tadi. — Foto ihsan Facebook/Phee Boon PohKUALA LUMPUR, 13 Ogos — Pusat khidmat Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh di Georgetown diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengah hari tadi.

Serbuan itu berhubung siasatan kes operasi kilang haram memproses serbuk kayu di Sungai Lembu, Bukit Mertajam ekoran aduan pencemaran oleh penduduk di situ.

Laporan menyebut SPRM mengiringi wakil rakyat Sungai Puyu itu ke pusat khidmatnya pada 12.15 pagi dalam keaadaan bergari sebelum merampas beberapa dokumen.

Semalam Phee direman lima hari bersama seorang pengurus kilang, 70, dan anaknya, 37, yang juga pengarah sebuah syarikat. 

Exco kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar itu disiasat ekoran dakwaan mengeluarkan dua surat kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai.

Surat itu didakwanya berkaitan menangguhkan tindakan penguatkuasaan terhadap kilang yang beroperasi secara haram sejak 15 tahun lalu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata dasar kerajaan negeri tidak mengambil tindakan pada semua bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Lagi Video di MMOTV