projekmmoBerita

Siti Nordiana janji harga sama lepas jadi penyanyi popular

Siti Nordiana berkata memenangi sesebuah anugerah bukan alasan untuk menaikkan harga sebaliknya mutu persembahan yang harus dipertingkatkan. ― Foto oleh Choo Choy MaySiti Nordiana berkata memenangi sesebuah anugerah bukan alasan untuk menaikkan harga sebaliknya mutu persembahan yang harus dipertingkatkan. ― Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA, 16 Mei — Siti Nordiana memberi jaminan tidak akan menaikkan harga persembahan walau kini bergelar penyanyi wanita popular.

Penyanyi Memori Berkasih berkata memenangi sesebuah anugerah bukan alasan untuk menaikkan harga sebaliknya mutu persembahan yang harus dipertingkatkan.

“Saya sama saja. Saya tidak berkira. Walau sudah menang saya masih sama sebab saya sudah 18 tahun dalam industri.

“Tiada anugerah pun begitulah harga saya, sampai sekarang pun begitu. Apa yang penting orang yang memanggil saya buat persembahan berpuas hati.

“Saya tidak minta lebih. Tengok pada penganjur. Jika mereka ada bajet tidak mengapa.

“Kalau menyanyi lagu bernada tinggi, saya perlu buat banyak persediaan sebelum persembahan seperti pergi kelas vokal,” katanya.

Pelakon drama Dia Semanis Honey berkata demikian ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian di sini pada Ahad.

Menewaskan Ayda Jebat, Stacy, Wani Hasrita dan Amira Othman, Siti berkata kemenangannya adalah sesuatu di luar jangkaan.

“Ini pertama kali saya dapat selama 18 tahun dalam industri. Peminat sangat menghargai saya, alhamdulillah.

“Penyanyi Wanita Popular besar bagi saya sebab semua penyanyi mengidamkan anugerah ini untuk kita tahu sejauh mana kita dalam industri seni ini.

“Macam-macam yang saya lalui sepanjang 18 tahun itu dan kemenangan ini hadiah buat peminat saya selama ini,” katanya.

Lagi Video di MMOTV