projekmmoBerita

Siling klinik runtuh, ibu ambil ubat nyaris kena

Panel siling sepanjang kira-kira enam meter di kaunter farmasi di klinik kesihatan Putatan runtuh. — Foto ihsan Facebook/Kenn Eddy JrPanel siling sepanjang kira-kira enam meter di kaunter farmasi di klinik kesihatan Putatan runtuh. — Foto ihsan Facebook/Kenn Eddy JrPUTATAN, 29 Jan — Siling ruang menunggu di kaunter farmasi di klinik kesihatan Putatan di sini runtuh jam 12 tengah hari tadi.

Ketika panel siling sepanjang kira-kira enam meter jatuh, tiada pesakit ataupun petugas ada di bawahnya, lapor Kosmo!.

“Sebelum kejadian, saya dan ibu sedang menunggu giliran untuk mengambil ubat di kaunter farmasi,” kata sumber kepada akhbar itu.

“Namun, secara tiba-tiba saya terasa seperti taburan pasir jatuh dari atas siling, lantas segera beralih ke tempat yang lebih selamat.” 

Lagi Video di MMOTV