projekmmoBerita

Siapa Datuk gatal dalam lagu ‘Boleh Jalan’ Zizi Kirana? (VIDEO)

Zizi Kirana mempertahankan sikapnya berpakaian seksi melalui lagu ‘Boleh Jalan’, walau ‘kutayang lurah tapi ku bukan murah’. — Foto ihsan Instagram/ZiziZizi Kirana mempertahankan sikapnya berpakaian seksi melalui lagu ‘Boleh Jalan’, walau ‘kutayang lurah tapi ku bukan murah’. — Foto ihsan Instagram/ZiziKUALA LUMPUR, 9 Okt — Siapakah individu bergelar “Datuk gatal bermata keranjang” yang dimaksudkan dalam lirik penyanyi sensasi Zizi Kirana?

Lirik lagu Boleh Jalan menceritakan kisah seorang Datuk yang mengirim mesej peribadi, atau DM, ke Instagram untuk menaja kehidupannya.

Datuk yang “pantang tengok dahi licin” menggunakan alasan perniagaan untuk mengajaknya keluar makan malam tetapi ditolak dengan ungkapan “boleh blah”.

Mempersoalkan motif Datuk itu, Zizi menyifatkan lebih baik “lepak di kedai mamak” menonton bola sepak daripada melayan lelaki “gatal yang sengal”.

Dikecam isu pakaian seksi baru-baru ini, beliau juga menyampai mesej melalui lagu itu walau “kutayang lurah tapi ku bukan murah”.

Beliau menegaskan tidak akan menyesal walau tidak dapat menikmati kekayaan Datuk yang “muka tebal” itu.

Sama ada Datuk itu wujud nyata atau sekadar hiburan, video lirik lagu tersebut di YouTube ditonton hampir 230,000 orang sejak dimuatkan pada 27 September lalu.

Boleh Jalan digubah oleh DJ Fuzz dan penulis liriknya pula Waris. Ia dikeluarkan oleh Mixology Music Malaysia.

Lagi Video di MMOTV