projekmmoBerita

Siapa beli Birkin ini? Beg termahal di dunia RM1.6 juta

Sebuah beg Himalaya Niloticus Crocodile Diamond Birkin dengan emas 18 karat dan intan dipamer sebelum lelongan Christies di Hong Kong, 4 Mei 2016. — Foto AFPSebuah beg Himalaya Niloticus Crocodile Diamond Birkin dengan emas 18 karat dan intan dipamer sebelum lelongan Christies di Hong Kong, 4 Mei 2016. — Foto AFPPARIS, 1 Jun — Beginilah rupa beg tangan wanita paling mahal di dunia, yang dihiasi permata dan emas putih, dengan harga US$380,000 (RM1.6 juta).

Beg kulit buaya asli jenama Hermes dijual kepada pembida tertinggi dalam lelongan di Hong Kong dengan HK$2.94 juta, lapor AFP-Relaxnews.

Pembeli terbaru, yang membuat bidaan melalui telefon, tidak dinyatakan namanya.

Himalaya Niloticus Crocodile Diamond Birkin 30, yang jarang-jarang dikeluarkan, menjadi rebutan peminatnya di seluruh dunia.

Beg serupa, hanya satu atau dua dihasilkan setiap tahun, dijual pada harga lelong HK$2.32 juta tahun lalu.

Harganya melambung setelah muncul desas-desus beg siri Birkin itu tidak akan dikeluarkan lagi, kata Matthew Rubinger, pegawai rumah lelongan Christie.

Dicipta mulai 2014, beg ini yang digilai kerana dianggap sejenis pelaburan bertatahkan intan dan emas putih 18 karat.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV