projekmmoBerita

Shafie Apdal masuk hospital selepas ditahan SPRM

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipanggil SPRM semalam bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM1.5 bilion. — Foto BernamaDatuk Seri Mohd Shafie Apdal dipanggil SPRM semalam bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM1.5 bilion. — Foto BernamaKOTA KINABALU, 20 Okt ― Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengalami tekanan darah tinggi malam tadi.

Bekas menteri itu dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 di sini kira-kira jam 11.30 malam, lapor portal Berita Harian.

Shafie, kini memimpin Parti Warisan Sabah (Warisan), ditahan berhubung siasatan kes penyelewengan dana pembangunan luar bandar sebanyak RM1.5 bilion.

“Sehingga pagi ini beliau masih di bawah pemerhatian doktor di hospital tetapi keadaannya dilaporkan baik,” kata setiausaha agung parti Loretto J Padua kepada akhbar itu.. 

Bekas pemimpin kanan Umno itu ditahan SPRM pada jam 9 malam tadi setelah dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah petang semalam.

Shafie, bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah (KKLW), dijangka akan dibawa ke mahkamah untuk menerima perintah reman.

 

Lagi Video di MMOTV