projekmmoBerita

Seorang lagi adik bekas menteri kabinet ditahan SPRM

Seorang lagi adik bekas menteri persekutuan ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah. — Foto oleh Yusof Mat IsaSeorang lagi adik bekas menteri persekutuan ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah. — Foto oleh Yusof Mat IsaKOTA KINABALU, 18 Okt — Seorang lagi adik bekas menteri persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Menurut sumber, adik lelaki bekas menteri persekutuan yang berumur 57 tahun berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 8 malam semalam ketika beliau datang ke pejabat agensi itu untuk memberi keterangan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Dengan penahanan berkenaan, kini dua adik bekas menteri persekutuan itu berada dalam tahanan SPRM.

Pada 10 Okt lalu, seorang adik menteri persekutuan yang berumur 52 tahun ditahah SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu sama dan kini sedang ditahan reman selama 10 hari. — Bernama

Lagi Video di MMOTV