projekmmoBerita

Sentuh punggung, cium jururawat, Datuk direman

Polis Selangor menahan reman seorang Datuk, pegawai tinggi syarikat hartanah, atas dakwaan mencabul jururawat Jumaat lepas. ― Paparan skrin GooglePolis Selangor menahan reman seorang Datuk, pegawai tinggi syarikat hartanah, atas dakwaan mencabul jururawat Jumaat lepas. ― Paparan skrin GooglePETALING JAYA, 13 Sept ― Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat hartanah dan pelaburan terkemuka ditahan reman atas dakwaan mencabul.

Beliau yang bergelar Datuk didakwa menyentuh punggung, payu dara dan mencium pipi jururawat di wad hospital swasta di Subang Jaya, lapor Kosmo!.

Ketua jabatan siasatan jenayah Selangor berkata lelaki 58 itu, yang mempunyai masalah kesihatan, didakwa mencabul mangsa, 19 tahun, pada 7.30 malam Jumaat.

“Mangsa mendakwa Datuk berkenaan menyentuh punggung, payudaranya manakala pipi pula dicium oleh Datuk berkenaan semasa mangsa sedang menjalankan tugas,” kata SAC Fadzil Ahmat.

Tambahnya, polis telah mendapat perintah reman empat hari bagi menahan pegawai tinggi syarikat hartanah itu.

Lagi Video di MMOTV