projekmmoBerita

Semua pusat tahfiz di Kedah tidak selamat, kata bomba

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada 17 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru. ― Foto oleh Choo Choy MayKebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada 17 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru. ― Foto oleh Choo Choy MayALOR SETAR, 21 Nov ― Semua 66 pusat tahfiz di Kedah gagal mematuhi piawaian keselamatan terutama aspek pemasangan jeriji.

Kebanyakan premis itu didapati kekurangan alat pemadam api, tiada tangga kedua dan jeriji tingkap serta pintu asrama tidak mengikut standard, lapor Berita Harian.

“Jika mengikut standard bomba, mereka perlu memasang jeriji yang boleh dikunci dan dibuka dari dalam tanpa menggunakan mangga dan dalam masa yang sama ia tidak boleh dibuka dari luar,” kata pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Menekankan fungsi jeriji penting ketika kebakaran, Abdul Razak Muda berkata hasil pemeriksaan pusat tahfiz yang berdaftar bawah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) diserah ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri.

Menyatakan lapan sekolah pondok di Kedah hangus antara 2014 hingga Oktober 2017, beliau berkata tiada notis arahan untuk memberhentikan operasi pusat tahfiz dikeluarkan.

Lagi Video di MMOTV