projekmmoBerita

Selepas kecoh, surau minta jemaah tidak halang lalu lintas

Kain rentang berwarna merah digantung di depan surau selepas seorang lelaki bukan Islam dikasari minggu lalu. ― Foto ihsan Facebook/Info Roadblock Jpj/polisKain rentang berwarna merah digantung di depan surau selepas seorang lelaki bukan Islam dikasari minggu lalu. ― Foto ihsan Facebook/Info Roadblock Jpj/polisKUALA LUMPUR, 13 Mei — Surau Austin Perdana, lokasi seorang lelaki dikasari minggu lalu, menggantung kain rentang mengingatkan umat Islam meletak kenderaan dengan teratur dan tidak menghalang lalu lintas.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan kain rentang berwarna merah digantung di depan surau itu dengan tertera peringatan:

“Peringatan: Kepada jemaah yang dihormati, mohon kerjasama untuk meletakkan kenderaan secara teratur dan tidak menghalang lalu lintas”.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST), kain rentang itu adalah usaha jawatankuasa surau untuk mengelak kejadian minggu lalu berulang.

Minggu lalu, seorang lelaki, 28, dikasari jemaah surau dan keretanya pula rosak selepas dia membunyikan hon kerana kereta yang diparkir secara tidak tersusun di situ, menghalang lalulintas.

Lelaki itu mengalami kecederaan dan sudah memohon maaf.

Kes disiasat bawah Seksyen 147 Keseksaan kerana merusuh, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Akhbar itu menyebut jalan di luar surau itu semalam tidak menghalang lalulintas sekalipun diletak di kiri dan kanan jalan, sewaktu solat Jumaat.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV