projekmmoBerita

Selepas kecoh, Rosyam minta David Teo ikut adab TN50

CEO Metrowealth Pictures Datuk David Teo dibawa keluar dewan di Kompleks Seri Perdana selepas berlaku kekecohan. — Foto oleh Yusof Mat IsaCEO Metrowealth Pictures Datuk David Teo dibawa keluar dewan di Kompleks Seri Perdana selepas berlaku kekecohan. — Foto oleh Yusof Mat IsaSHAH ALAM, 18 Mei — Penerbit popular David Teo digesa mengikut adab dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) agar majlis itu boleh berjalan lancar. 

Moderator majlis itu dan pelakon Datuk Rosyam Nor mengingatkan Teo “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”, lapor Sinar Harian. 

Pengarah dan pengacara itu lega dapat “mengendalikan situasi itu dengan matang” walau agak sukar bagi individu lain. 

Dialog TN50 bagi penggiat seni yang disertai perdana menteri malam tadi kecoh apabila Teo ditampar pelakon Sulaiman Yasin, juga dikenali Mat Over.

Menurut akhbar itu, kejadian di kediaman rasmi perdana menteri bermula apabila penerbit itu merampas pembesar suara daripada Rosyam.

Tindakan Teo untuk menyuarakan pendapatnya supaya penggiat seni di barisan belakang dapat peluang untuk bercakap.

Rosyam juga berkata insiden tersebut tidak wajar terjadi, apatah ia melibatkan kehadiran Datuk Seri Najib Razak.

“Tidak sepatutnya insiden tersebut berlaku kerana kita diberi peluang oleh orang paling tinggi di negara kita jadi bila dia bertindak begitu, saya bersyukur sebab dapat mengawal kemarahan saya,” katanya.

Tambahnya, beliau kemudian membantu “mendamaikan” Teo dan Sulaiman dengan bersalaman di hadapan Najib di penghujung majlis

Lagi Video di MMOTV