projekmmoBerita

Sebulan pemuda latih panggil kambing ke kandang (VIDEO)

Paparan skrin menunjukkan seorang pengembala kambing memanggil haiwan ternakannya pulang ke kandang. ― Foto ihsan Facebook/Hati KampungPaparan skrin menunjukkan seorang pengembala kambing memanggil haiwan ternakannya pulang ke kandang. ― Foto ihsan Facebook/Hati KampungBESERI, 6 Feb ― Seorang pemuda tidak menyangka rakaman  dia memanggil sekumpulan kambing ternakan pulang ke kandang, digemari pengguna media sosial.

Ahmad Zaidi Abdul Basher, 25, berkata video itu, mulanya dikongsi dalam grup WhatsApp rakan penternak, dirakam di Kampung Semadong di sini, lapor Sinar Harian.

Berdurasi 1.38 saat, video itu tular di Facebook, ditonton 300,000 kali, Zaidi berkata dia mengambil masa sebulan melatih kambing itu.

“Awal-awal panggil dulu, depa buat tak tau saja, tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan anugerah Allah SWT, dalam masa sebulan depa dah faham dan dengar arahan saya,” katanya.

“Kita pun tau, haiwan ini tak ada akal, jadi kita yang nak ajar ni kena banyak sabar”.

Lagi Video di MMOTV