projekmmoBerita

Saya belum gila, Eyka nafi terlibat video lucah

Eyka Farhana menafikan beliau wanita dalam video lucah yang menular di internet walau mengakui wajah wanita ada sedikit persamaan. — Foto ihsan Instagram/Eyka FarhanaEyka Farhana menafikan beliau wanita dalam video lucah yang menular di internet walau mengakui wajah wanita ada sedikit persamaan. — Foto ihsan Instagram/Eyka FarhanaKUALA LUMPUR, 27 Sept — Pelakon Eyka Farhana berang selepas video lucah mengaitkannya menular di internet dan dikongsi ramai sejak Julai.

“Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini. 

“Saya masih waras dan belum lagi ‘gila’ untuk membuat perkara terkutuk dan tidak bermaruah seperti ini,” tulisnya dalam Instagramnya semalam.

Eyka, nama glamor Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, berkata penyebaran video itu disedarinya di kala keluarganya masih meratapi kematian kakaknya, 23 Ogos lalu.

 

 

Good morning🌸

A post shared by 🕊 Eykafarhana 🕊 (@eykafarhana) on

 

Beliau memberi amaran kepada pihak tertentu supaya menarik balik video “mengaibkan” itu atau berdepan tindakan saman dan dilapor kepada polis.

Eyka, 22, terkejut apabila rakannya bertanya mengenai video itu yang menunjukkan hubungan seks pasangan di atas ranjang.

"Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain," katanya kepada mStar Online hari ini.

"Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya."

Lagi Video di MMOTV