projekmmoBerita

Sanggup baring intai skirt, tiga wanita jadi mangsa

Pihak pengurusan meneliti rakaman CCTV di kawasan berkenaan dan mendapati insiden itu benar-benar berlaku. — Foto WikipediaPihak pengurusan meneliti rakaman CCTV di kawasan berkenaan dan mendapati insiden itu benar-benar berlaku. — Foto WikipediaKELANA JAYA, 3 Dis — Tiga wanita dilaporkan menjadi mangsa seorang lelaki mengintai skirt pendek mereka di sini beberapa hari lalu, lapor Harian Metro.

Jurucakap pengurusan sebuah bangunan berkata, terbaru wanita berusia 20-an menjadi mangsa apabila diekori lelaki terbabit di kawasan tempat letak kereta.

“Berdasarkan aduan, mangsa mendakwa diekori dari belakang sebelum lelaki itu sengaja berbaring ketika wanita itu melangkah anak tangga dipercayai mahu melihat dalam kain mangsa.

“Lelaki itu kemudian berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum berpatah balik ke kenderaannya.

“Sebaik mangsa memaklumkan kejadian itu, kami meneliti rakaman CCTV di kawasan berkenaan dan mendapati insiden itu benar-benar berlaku.

“Mangsa juga membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap itu yang mahu dikenali sebagai Cheah.

Lagi Video di MMOTV