projekmmoBerita

Salah sebar foto pelajar maut kena bilah mesin, kata SKMM

SKMM berkata perbuatan tidak beretika sedemikian merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara. ― Foto failSKMM berkata perbuatan tidak beretika sedemikian merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara. ― Foto failPUTRAJAYA, 14 Feb ― Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi kandungan gambar-gambar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput melalui media sosial dan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp.

SKMM dalam satu kenyataan berkata perbuatan tidak beretika sedemikian merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara khususnya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak melebihi satu tahun penjara, jika sabit kesalahan, kata suruhanjaya itu.

Semalam, pelajar perempuan tingkatan dua sekolah berkenaan, Nur Afini Roslan, maut manakala dua pelajar lelaki cedera terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang sekolah itu ketika menyertai raptai perbarisan sukan. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV