projekmmoBerita

Rompak peniaga pasar borong, lima warga Myanmar ditahan

Polis menahan lima warga Myanmar dipercayai terlibat dalam kes rompakan seorang peniaga di Pasar Borong Selayang pada Khamis lalu melibatkan kerugian RM10,000. — Paparan skrin GooglePolis menahan lima warga Myanmar dipercayai terlibat dalam kes rompakan seorang peniaga di Pasar Borong Selayang pada Khamis lalu melibatkan kerugian RM10,000. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 12 Sept — Lima warga Myanmar dipercayai terlibat dalam kes rompakan seorang peniaga di Pasar Borong Selayang pada Khamis lalu melibatkan kerugian RM10,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata kesemua suspek berumur lingkungan 17 hingga 29 kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Selayang pada Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira 5.35 pagi di tempat letak kereta di Pusat Bandar Utara Selayang dengan mangsa yang berumur 50 tahun ditolak sehingga terjatuh dan kemudian begnya yang mengandungi wang tunai dan telefon bimbit dilarikan.

Beliau berkata pihak polis turut menemui sejumlah wang suspek yang dirompak.

Tangkapan itu dapat menyelesaikan dua kes rompakan yang menggunakan modus operandi yang sama sebelum ini, katanya. — Bernama

Lagi Video di MMOTV