projekmmoBerita

Rogol kanak-kanak 11 tahun, warden dipenjara 17 tahun

Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhi warden asrama hukuman penjara 17 tahun kerana merogol kanak-kanak 11 tahun pada 2015. — Foto paparan skrin Google Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhi warden asrama hukuman penjara 17 tahun kerana merogol kanak-kanak 11 tahun pada 2015. — Foto paparan skrin Google KOTA BHARU, 17 Mei — Seorang warden dipenjara 17 tahun kerana merogol kanak-kanak perempuan 11 tahun, pada 2015.

Tertuduh, Abdul Hafiz Abdul Syukri, 24, bekerja di sebuah sekolah swasta, lapor Harian Metro.

Hakim Mahkamah Sesyen Nazri Ismail berkata peguam bela tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Abdul Hafiz dituduh merogol mangsa berusia 11 tahun 11 bulan ketika itu, di sebuah rumah di Kedai Melor, Melor pada 6.15 pagi, 14 Februari, dua tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun dan boleh disebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Yusoff.

Lagi Video di MMOTV