projekmmoBerita

Tiga malam berturut rogol anak, buruh tua dipenjara

Mahkamah Sesyen Kota Baru menghukum penjara seorang buruh selama 24 tahun dan 48 sebatan kerana merogol anak kandungnya. ― Paparan skrin GoogleMahkamah Sesyen Kota Baru menghukum penjara seorang buruh selama 24 tahun dan 48 sebatan kerana merogol anak kandungnya. ― Paparan skrin GoogleKOTA BARU, 29 Nov — Seorang buruh berusia 60 tahun didapati bersalah kerana merogol anak perempuannya tiga malam berturut-turut tahun lalu.

Tertuduh didakwa berbuat demikian terhadap anak kandung berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Datu Sering, lapor Harian Metro.

Hakim Mahkamah Sesyen Nazri Ismail menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 48 sebatan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 1 hingga 1.30 pagi pada 22 hingga 24 November 2016.

Peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri merayu supaya tertuduh dikecuali dari sebatan berikutan faktor usia, selain tahap kesihatannya “tidak begitu baik”.

Namun, timbalan pendakwa raya meminta hukuman berat kerana perbuatan tertuduh “jijik”.

“Sebagai bapa, tertuduh patut melindungi mangsa namun mengambil kesempatan ke atas mangsa” kata Siti Hajar Alias.

Lagi Video di MMOTV