projekmmoBerita

Rogol anak 10 tahun, lelaki dihukum penjara 18 tahun

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebat ke atas tertuduh, berkuatkuasa tarikh tangkap 13 Oktober. ― Foto TODAYMahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebat ke atas tertuduh, berkuatkuasa tarikh tangkap 13 Oktober. ― Foto TODAYKOTA BARU, 17 Dis — Seorang bapa mengaku salah merogol anaknya berusia 10 tahun di sebuah rumah di Beris Kubur Besar, Bachok, 22 September lalu.

Lelaki itu, tidak dinamakan, didakwa merogol anak gadisnya di rumah berkenaan, antara 9.30 malam hingga 11.15 malam, lapor Berita Harian.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh, 50, mengambil mangsa di rumah bekas isteri untuk tidur di rumah lelaki di itu, namun anaknya enggan mengikutinya.

Namun selepas dipujuk ibu, mangsa bersetuju tetapi pulang semula bersama kakaknya, ke rumah ibunya pada 11.30 malam.

Melihat anaknya “berlainan”, mangsa yang dipujuk kemudian memberitahu ibu bahawa suspek merogolnya dan ia juga bukan kali pertama.

Malah, tertuduh sekali lagi datang pada 12 Oktober untuk mengambil anaknya, namun isterinya tidak membenarkan sebelum membuat aduan polis.

Oleh itu, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan ke atas tertuduh, berkuatkuasa pada tarikh ditangkap 13 Oktober.

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Lagi Video di MMOTV