projekmmoBerita

Risau anak muda suka rasuah, nilai baru mahu ditanam di kampus

Sekumpulan pelajar mengeluarkan wang di sebuah kampus di Bangi. Kurikulum di universiti disaran menanam nilai antirasuah susulan lebih separuh penerima wang gelap ini berusia antara 20 hingga 40 tahun. ― Foto oleh Choo Choy May Sekumpulan pelajar mengeluarkan wang di sebuah kampus di Bangi. Kurikulum di universiti disaran menanam nilai antirasuah susulan lebih separuh penerima wang gelap ini berusia antara 20 hingga 40 tahun. ― Foto oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Bimbang dengan peratusan tinggi kes rasuah melibatkan anak muda, kerajaan dicadangkan menerapkan nilai benci amalan itu di kampus-kampus tempatan.

Menurut laporan Kosmo!, 55 peratus daripada 1,902 tangkapan kes rasuah antara tahun 2013 hingga kini melibatkan golongan usia antara 20 dan 40 tahun.

“Bagi kami, jumlah ini besar dan kita ada program untuk pastikan ia dapat dikurangkan, budaya dan nilai bencikan rasuah harus diterapkan terutamanya melalui pendidikan kepada mahasiswa,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau membuat saranan itu selepas Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah 2016 yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, dekat sini, selama tiga hari.

Konvensyen itu meluluskan resolusi, antaranya, menggesa unsur-unsur antirasuah diserapkan dalam kurikulum di semua institusi pengajian tinggi (IPT).

Cadangan itu, tambah Razali, masih dalam perbincangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi.

Lagi Video di MMOTV