projekmmoBerita

Ramai mahu jadi ‘imam’ anak pelakon, baru 13 tahun

Ramai menghantar pesanan ringkas di Instagram Norman Hakim, bekas suami penyanyi Abby Abadi, 'merisik' anak mereka Marissa Dania (foto). ― Foto ihsan Instagram/Marissa Dania Ramai menghantar pesanan ringkas di Instagram Norman Hakim, bekas suami penyanyi Abby Abadi, 'merisik' anak mereka Marissa Dania (foto). ― Foto ihsan Instagram/Marissa Dania KUALA LUMPUR, 9 Feb — Pelakon Norman Hakim dihujani permintaan daripada peminat yang meluahkan niat mahu menjadi “imam” anak gadisnya.

Ramai menghantar pesanan ringkas di Instagram bekas suami Abby Abadi itu  “merisik” anak mereka Marissa Dania.

“Hendak beritahu anak dara saya ini umur tahun ini masuk 13 tahun bulan Julai nanti,” kata Norman, pelakon lama siri drama popular Gerak Khas.

“Jauh perjalanan lagi. Hafazan al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan,” katanya di Instagram semalam, mengulas anak keduanya.

 

dad’s hold our hands for a while & hold our hearts forever ❤️

A post shared by Marissa Dania (@marissadania_) on

Mengingat pesan Abby, Norman menegaskan lelaki yang mahu menjadi “imam”, atau suami, harus mengutamakan Allah dan hubungan ibu bapa dahulu.

“Lepas itu barulah fikirkan untuk ‘mendirikan masjid’,” tambahnya. “Hendak ‘mendirikan masjid’ ini bukan sekadar teori.”

Beliau sendiri, katanya lagi, “masih lagi belajar seni untuk bermasjid”.

Lagi Video di MMOTV