projekmmoBerita

Raba gadis dalam bas, lelaki ditampar dan ditahan

Gadis yang punggungnya diraba seorang lelaki warga asing membuat laporan di balai polis Dang Wangi. ― Paparan skrin GoogleGadis yang punggungnya diraba seorang lelaki warga asing membuat laporan di balai polis Dang Wangi. ― Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 15 Dis ― Seorang lelaki ditahan selepas disyaki meraba punggung seorang gadis di dalam sebuah bas.

Lelaki, usia 30-an, kemudian ditampar mangsa, 25 tahun, sebelum penumpang bas menahan warga Sri Lanka itu sekitar jam 12.30 tengah hari kelmarin, lapor Harian Metro.

“Orang ramai turut membantu dengan memegang suspek supaya tidak melarikan diri sebelum pemandu bas membawa kenderaan ke KLCC,” kata sumber polis.

Beliau berkata suspek kemudian diserah kepada polis bantuan di KLCC. Mangsa pula membuat aduan di balai polis Dang Wangi.

Lagi Video di MMOTV