projekmmoBerita

Putrajaya banjir kilat, dua kereta terperangkap

Dua buah kereta terkandas di dalam banjir kilat di Jalan Perpaduan sekitar Presint 3 dan 4, Putrajaya selepas hujan lebat yang melanda malam 7 Mei, 2016. — Foto BernamaDua buah kereta terkandas di dalam banjir kilat di Jalan Perpaduan sekitar Presint 3 dan 4, Putrajaya selepas hujan lebat yang melanda malam 7 Mei, 2016. — Foto BernamaPUTRAJAYA, 8 Mei — Dua buah kenderaan dilapor terperangkap dalam banjir kilat di sekitar Presint 3 dan Presint 4 malam tadi akibat hujan lebat sejak 6 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Muhamad Hafidz Yaacob berkata lima anggota ditugaskan ke lokasi kejadian setelah pihaknya menerima panggilan pada 7.06 malam.

Beliau berkata setiba di lokasi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menghala ke Dataran Gemilang, anggota bomba dan penyelamat mendapati terdapat dua buah kenderaan terperangkap dalam banjir, namun tiada mangsa dalam kenderaan tersebut.

"Siasatan awal mendapati empat orang mangsa (satu kereta dua orang) sempat keluar dari kereta masing-masing. Kemudiannya, kenderaan itu ditolak oleh anggota ke tempat yang lebih selamat," katanya ketika dihubungi Bernama. — Bernama

Lagi Video di MMOTV