projekmmoBerita

Pusat jagaan terbakar tiada permit operasi MPKj

Suasana Pusat Jagaan Noble Care di Sungai Long, Kajang. Lima warga emas rentung dalam kebakaran awal pagi 13 Disember 2017. ― Foto oleh Kenneth TeeSuasana Pusat Jagaan Noble Care di Sungai Long, Kajang. Lima warga emas rentung dalam kebakaran awal pagi 13 Disember 2017. ― Foto oleh Kenneth TeeKAJANG, 13 Dis — Pusat jagaan orang tua di Sungai Long di sini, yang terbakar hingga mengorbankan lima nyawa pagi tadi, tidak memiliki permit.

Pusat Jagaan Noble Care dipercayai milik warga Pakistan, tidak memiliki permit operasi daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), lapor Harian Metro.

“Sebuah pusat jagaan orang tua swasta memerlukan permit untuk beroperasi. Bagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang permohonan daripada pemilik pusat jagaan terbabit.

“Setakat ini, kami masih menunggu rekod daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sama ada pemilik pusat jagaan itu ada merujuk perkara berkenaan kepada JKM,” kata ahli majlis Lai Wa Cheong.

Ketua polis daerah Kajang pula berkata punca kebakaran banglo dua tingkat dan status operasinya, masih disiasat.

ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pusat jagaan itu beroperasi sejak dua bulan lalu dan disewa dengan harga RM6,000 sebulan.

Lagi Video di MMOTV