projekmmoBerita

Pura-pura cinta, lagu Nabila meletup di YouTube (VIDEO)

Nabila Razali sewaktu melancarkan lagu baru 'Pematah Hati' di Pavillion, Kuala Lumpur 29 November 2017.—  Foto ihsan Instagram/Nabila RazaliNabila Razali sewaktu melancarkan lagu baru 'Pematah Hati' di Pavillion, Kuala Lumpur 29 November 2017.— Foto ihsan Instagram/Nabila RazaliKUALA LUMPUR, 30 Nov — Penyanyi Nabila Razali dan pelakon Aedy Ashraf pura-pura putus cinta bagi mempromosi lagu baru Pematah Hati.

Gimik sejak pertengahan bulan ini “menjadi” berikutan lagu ciptaan penyanyi Hael Husaini dan komposer Ezra Kong itu meletup di YouTube dalam 24 jam.

Video muzik lagu itu melonjak, kini ditonton lebih 600,000 orang dan menduduki tangga ketiga carta YouTube Malaysia, lapor Berita Harian.

Nabila, 25, penyanyi Cemburu, mencipta nama bersama Alif Satar menerusi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati tidak menganggap gimik itu “murahan”.

“Tidak sangka 'drama' saya dan Aedy menjadi. Pada mulanya, saya tidak merancang memuat naik gambar kami berdua,” katanya kepada akhbar itu.

“Tapi disebabkan foto itu cantik, saya buat keputusan untuk berkongsinya.”

Beliau berharap jumlah tontonan video muzik itu, arah dua pemuda Romania, mampu mencatat angka sejuta tontonan dalam tempoh seminggu.

“Terima kasih tidak terhingga kepada peminat yang menyokong single terbaru saya dan mereka yang memberikan komen positif,” kata pelakon itu lagi.

Lagi Video di MMOTV