projekmmoBerita

‘Punk Muslim’ insaf, lebih warak dan perjuang Islam (VIDEO)

Seorang penyanyi ‘punk Islam’ menyampai lagu bersama khalayak di festival muzik gerakan itu di Bandung pada 23 Mac 2017. — Foto ReutersSeorang penyanyi ‘punk Islam’ menyampai lagu bersama khalayak di festival muzik gerakan itu di Bandung pada 23 Mac 2017. — Foto ReutersBANDUNG, 12 April — Ratusan anak muda Indonesia menyertai gerakan baru, “punk Muslim”, yang ingin taat beragama dan memperjuangkan isu umat Islam.

Walau masih dengan identiti rambut terpacak, mereka mengaji al-Quran dan solat berjemaah, selain berdoa selepas konsert, lapor Reuters.

Aktif di kota-kota besar republik itu Jakarta, Bandung dan Surabaya, kumpulan “punk Islam” ini menuntut kebebasan Palestin dan isu sosial dalam lirik lagu.

Namun, dengan imej rambut ala mohawks, berjaket kulit dan berseluar jean, mereka masih menganut ideologi “melawan” dan anti-kekuasaan.



Seorang pengasasnya Ahmad Zaki mahu mengubah tanggapan bahawa aliran punk dikaitkan dengan “kecederungan untuk berkelakuan liar”.

“Kami boleh menukar diri ke arah kebaikan, buat perkara lebih positif,” katanya.

Anggota-anggota gerakan itu, kebanyakannya seniman jalanan, dilaporkan mula menjadi lebih Islamik termasuk meninggalkan alkohol. 

Reza Purnama memegang buku tokoh sahabat Nabi ketika berucap kepada ahli-ahli di rumah gerakan itu di Bandung, 21 Januari 2017. — Foto ReutersReza Purnama memegang buku tokoh sahabat Nabi ketika berucap kepada ahli-ahli di rumah gerakan itu di Bandung, 21 Januari 2017. — Foto ReutersBekas penagih arak Reza Purnama berkata beliau berjaya meninggalkan tabiat itu perlahan-lahan dan kini menulis lirik lebih positif.

“Orang ramai tidak memandang rendah lagi pada kami,” katanya, yang berdepan tanggapan buruk masyarakat terhadap anak muda punk.

Selepas konsert, peserta gerakan ini menundukkan kepala berdoa dan dengan mendengar tazkirah para pengasas gerakan unik ini.

Lagi Video di MMOTV