projekmmoBerita

Pukul pelajar tahfiz dengan penyapu, bekas ustaz kena denda RM2,000

Mahkamah majistret di sini juga memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal melunaskan denda itu dalam tempoh tiga bulan. ― Paparan skrin GoogleMahkamah majistret di sini juga memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal melunaskan denda itu dalam tempoh tiga bulan. ― Paparan skrin GooglePETALING JAYA, 9 Mei — Seorang ustaz sebuah pusat tahfiz di Puchong didenda RM2,000 kerana memukul muridnya dengan sebatang penyapu hingga cedera pada April tahun lalu.

Ia susulan murid Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Saufi, 22, mengambil air di dalam peti sejuk tanpa kebenaran, lapor Kosmo!.

Mahkamah majistret di sini juga memerintahkan tertuduh, yang kini bekerja sebagai tukang cuci kereta, dipenjara tiga bulan jika gagal melunaskan denda itu dalam tempoh tiga bulan.

Lelaki terbabit didakwa melakukan perbuatan di Maahad Tahfiz Al-Mawaddah, Batu 13, Jalan Jurutera, Puchong pada 3.30 petang, 22 April lalu. Dia didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaaan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Mohammad Fakhrurrazi, yang tidak diwakili peguam, merayu dikenakan hukuman ringan kerana dia tidak berniat mencederakan pelajar lelaki 16 tahun itu sebaliknya mahu mendidik remaja itu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang mengetahui mangsa mengambil air sejuk tanpa izinnya, telah menyerang remaja itu dengan menggunakan sebatang penyapu dan menolaknya ke dinding.

Ekoran itu, mangsa mengalami kecederaan di bahu, leher, jari kanan dan lebam di paha.

Lagi Video di MMOTV