projekmmoBerita

Pukul atlet tinju, hukuman kerabat raja dikurang

Mahkamah Rayuan menganggap hukuman penjara empat tahun terhadap seorang kerabat raja ‘tidak wajar’ kerana wujud unsur provokasi. — Foto oleh Miera ZulyanaMahkamah Rayuan menganggap hukuman penjara empat tahun terhadap seorang kerabat raja ‘tidak wajar’ kerana wujud unsur provokasi. — Foto oleh Miera ZulyanaPUTRAJAYA, 15 Nov ― Hukuman penjara terhadap seorang kerabat raja Johor, yang didakwa memukul seorang peninju kebangsaan, dikurangkan kepada dua tahun. 

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Zawawi Salleh sebulat suara membenarkan permohonan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir. 

Bagaimanapun mahkamah itu menolak permohonan mengetepikan sabitan terhadap beliau, 32, kerana menumbuk Muhammad Farkha Mohd Haron, lapor Sinar Harian.  

Dalam penghakiman mereka, Zawawi berkata hukuman empat tahun “tidak wajar” kerana wujud elemen provokasi dalam insiden di Johor Baru pada 2012.

“Perlaksanaan hukuman bermula hari ini dan turut mengambil kira enam minggu yang telah dilaksanakan perayu sebelum ini,” kata hakim berkenaan.

Mahkamah turut mendenda RM10,000 atau penjara tambahan setahun jika tertuduh gagal membayarnya.

Pada 28 Jun 2013, Tunku Nick Tazuddin bersama dua rakannya dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Baru.

Mereka secara bersama-sama melakukan kesalahan tersebut di Jalan Molek 3/2, Taman Molek antara 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei 2012.

Lagi Video di MMOTV