projekmmoBerita

Polis ‘nasihat’ Jamal jangan kacau himpunan Pakatan

Datuk Seri Jamal Md Yunos dilaporkan ingin ‘menjual ikan’ di Padang Timur, Petaling Jaya yang dijadikan lokasi perhimpunan Pakatan Harapan. — Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Seri Jamal Md Yunos dilaporkan ingin ‘menjual ikan’ di Padang Timur, Petaling Jaya yang dijadikan lokasi perhimpunan Pakatan Harapan. — Foto oleh Yusof Mat IsaBUKIT JALIL, 12 Okt — Polis menggesa Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak menimbulkan kekacauan di perhimpunan Pakatan Harapan pada Sabtu ini.

Timbalan ketua polis negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim memberi amaran kepada ketua bahagian Umno itu agar tidak “menjual ikan” dekat perhimpunan itu.

“Saya mahu menasihati Jamal. Jangan ganggu. Jangan cuba buat kacau di sini. Itu nasihat saya," kata Noor Rashid dalam sidang media di sini.

Jamal, ketua gabungan Baju Merah, dilaporkan ingin berbuat demikian di Padang Timur, Petaling Jaya yang dijadikan lokasi perhimpunan PH mulai 4 petang.

Beliau bagaimanapun berkata tidak mahu mengganggu acara tersebut dengan jualan ikannya yang dirancang bermula tengah hari.

Program “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” di situ bagaimanapun dihalang polis, yang mencadangkan ia dipindahkan ke stadium Kelana Jaya.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV