projekmmoBerita

Polis kacak dipuji lepas selamat lelaki cuba bunuh diri

Selain berjaya membantu lelaki yang cuba bunuh diri, anggota polis Ifzal Zaffar, 20, juga disenangi kerana kacak. — Foto ihsan Facebook/Ifzal ZaffarSelain berjaya membantu lelaki yang cuba bunuh diri, anggota polis Ifzal Zaffar, 20, juga disenangi kerana kacak. — Foto ihsan Facebook/Ifzal ZaffarHONG KONG, 15 Mac — Seorang polis Islam di sini dapat pujian menggunung pengguna internet setelah memujuk lelaki Pakistan yang cuba membunuh diri.

Ifzal Zaffar, 20, keturunan Pakistan, memujuk lelaki yang dikenali Anan, 34, dalam Urdu agar turun dari puncak kren setinggi 20 meter, lapor portal BBC.

Nuna Priya, pengguna Facebook, memuji konstabel itu sebagai “sangat kacak dan baik hati”, manakala Baba Bebe Wong pula mahu Ifzal terus berkhidmat.

Majlis Islam Hong Kong mengucapkan kepada polis yang mengambil Ifzal, turut fasih menutur Kantonis, berkhidmat.

“Harap banyak lagi cerita seperti ini dapat ditunjukkan di Hong Kong, kota pelbagai budaya,” kata badan itu.

Setelah menerima aduan 10.40 pagi Ahad lalu, lapor Coconuts Hong Kong, Ifzal ke tapak pembinaan dekat Kowloon untuk menyelamatkan lelaki tersebut.

“Saya menggunakan teknik yang dipelajari di akademi [polis]... Saya fikir dia rasa selamat apabila menyedari saya boleh bercakap dengan bahasanya,” katanya.

Ifzal menyertai pasukan itu hampir setahun lalu melalui Operasi Gemstone, skim pengambilan kakitangan bukan beretnik China.

Lagi Video di MMOTV